1. Tahukah anda bahawa selain bangsa yahudi, tidak dibenarkan membeli atau menyewa tanah di Israel?
2. Tahukah anda bahawa setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di
 seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara automatik? Sementara 
warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad 
yang lalu terus diusir ke luar dari Palestin?
3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel 
harus menggunakan kenderaan yang dicat dengan warna khas untuk 
membezakan antara bangsa yahudi dan bukan yahudi?
4. Tahukah anda bahawa Jerusalem bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan 
dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya 
barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan 
merupakan sebahagian daripada Israel?
5. Tahukah anda bahawa Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk 
bangsa Yahudi dan membahagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk 
Palestin yang menetap di kawasan Israel? Secara realiti, Israel 
memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron,
 sementara 15% sisanya diberikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di 
daerah itu?
6. Tahukah anda bahawa Amerika menyalurkan dana 5 billion US dari 
penghasilan hutangnya setiap tahunnya untuk menyumbang kepada Israel?
7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan 
kepada Israel sebesar 1,8 billion US setiap tahunn? Dan tahukah anda 
bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh 
Negara di benua-benua Afrika?
8. Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan 
sebesar 4 billion US dari Amerika yang terdiri dari pesawat pejuang F16,
 Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan Negara gabungan 
utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua kemudahan yang diminta
 Israel untuk menjamin kewujudannya.
9. Tahukah anda bahawa kerajaan Amerika telah menekan Kongres tentang 
pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? 
Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lubnan dan
 penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.
10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya Negara di Timur 
Tengah yang menolak menandatangani larangan pembangunan senjata nuklear?
 Dan menolak Pasukan Siasatan PBB untuk memeriksa tempat persembunyian 
nuklearnya?
11. Tahukah anda bahawa sebelum Israel wujud pada tahun 1948, mereka telah memiliki kilang pengembangan senjata nuklear?
12. Tahukah anda bahawa Pegawai Tinggi Israel di Jabatan Tentera mereka 
mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua 
tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?
13. Tahukah anda bahawa Israel telah menyerang tempat kediaman Diplomat 
Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan 
antarabangsa pada tahun 1967? Walaupun serangan itu membunuh 33 tentara 
Amerika dan melukai 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak 
melakukan sebarang tindakan terhadap Israel? Hanya dengan alasan bahawa 
tentera Israel tersalah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan 
oleh Negara Islam?
14. Tahukah anda bahawa Israel merupakan Negara yang paling banyak 
mengabaikan resolusi negara PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh 
Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu Negara Islam 
mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?
15. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan system politik 
pemeliharaan terhadap identiti rakyat yahudi agar tetap menjadi warga 
Negara itu?
16. Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana 
Menteri Ariel Sharon sebagai terkecuali dalam kes pembunuhan Shabra dan 
Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang telah membunuh lebih 
dari 1000 orang Palestin terdiri dari anak-anak, wanita dan orang tua?
17. Tahukah anda bahawa pada tarikh 20 Mei 1990, seorang tentera Israel 
menyuruh para pekerja Palestin yang sedang menunggu bus di Halte untuk 
duduk berbaris di atas tanah, setelah itu ia menembak mereka dari jarah 
setengah meter? Tahu pulakah anda bahawa pemerintah Israel menyatakan 
tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari 
pemerintah Israel?
18. Adakah anda tahu bahawa sehingga tahun 1988, semua kilang dan 
pejabat di Israel hanya boleh melampirkan keterangan pekerjaan dengan 
kata-kata: “pekerjaan hanya untuk bangsaYahudi”, ” pekerja hanya boleh 
dipilih dengan syarat dia berbangsa Yahudi”?
19. Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negeri Israel membayar 6 jabatan 
media Amerika untuk menerbitkan imej positif Israel kepada masyarakat 
Amerika dan Eropah?
20. Tahukah anda bahawa Sharon mengajak Parti radikal Molodeit untuk 
menjadi gabungan utama dalam kabinetnya? Padahal parti itu beridealogi 
radikal dengan tujuan untuk membesihkan Israel dari luar kawasan yahudi 
dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel?
21. Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Israel pertama, David Ben-Gorion
 sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh rakyat arab dari
 Israel?
22. Tahukah anda bahawa Rahib besar di Israel Ofadya Yosef yang juga 
pengasas Parti Syas (parti ketiga terbesar di Israel) menyokong aksi 
tentera Israel untuk membunuh warga Palestin?bahkan ia mengeluarkan 
fatwa radikal pada hari raya paskah yang lalu dalam wawancaranya di 
sebuah rangkaian radio terbesar di Israel: “Tuhan akan membalas semua 
kejahatan warga arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, 
menghabiskannya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas 
mereka dengan azab yang pedih. Oleh itu dilarang semua bangsa yahudi 
untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab, dan wajib bagi 
setiap yahudi untuk menembak mereka dan senjatanya hendaklah dihalakan 
ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghabiskannya, kerana 
mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk “… …
23. Tahukah anda bahawa pelarian Palestin terbesar di dunia?
24. Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah yahudi?
25. Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agong Israel sudah mengeluarkan 
keputusan pelarangan penyeksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet
 (Badan perisik Israel) tetap terus menyeksa setiap pejuang Palestin 
dalam proses pemeriksaannya?
26. Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses belajar 
mengajar dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, 
tetapi penduduk Palestin tetap menjadi Negara terbesar di dunia yang 
penduduknya bergelar doktor falsafah. Hal ini dilihat dari jumlah purata
 penduduknya.
27. Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak yang sama yang 
dijamin oleh undang-undang HAM antarabangsa yang diterbitkan pada tarikh
 10 Disember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama 
sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin? kerana dihalang dengan 
ditandatangani oleh perikatan OSLO?
28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia mengatakan 
Negara-negara arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang 
tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara arab 
terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? 
Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk 
menjaga diri mereka?
29. Tahukah anda bahawa Israel sebagai Negara penjajah sama sekali tidak
 terikat dengan konvension Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan 
warga awam Palestin?
30. Tahukah anda bahawa perintah Perdana Menteri Israel Ariel Sharon 
sudah tidak dituruti lagi oleh tentera Israel? Salah satu contohnya 
adalah ketika ia melarang tentera Israel untuk melakukan genjatan 
senjata dan dilarang menembak, tetapi tentera Israel terus menyerang, 
menembak rakyat awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka. 
Insiden paling memilukan andalah pembunuhan tiga wanita Palestin, 
padahal mereka sedang berada dalam khemah pelariannya?
31. Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan pebagai usaha untuk 
menghancurkan Masjid Al-Aqsa dan Qubah As-Sakhrah sejak 50 tahun yang 
lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan 
sendirinya?
32. Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela 
mengatakan bahawa Israel adalah Negara rasisme dan apartheid seperti 
keadaan Afrika Selatan sebelum beliau memerintah?