Saturday 30 June 2012

Menuju Kebangkitan: Siapakah yang mulia?

Menuju Kebangkitan: Siapakah yang mulia?: Dalam sebuah riwayat hadis... dikisahkan..... Ketika itu baginda Nabi Muhammad s.a.w sedang duduk berkumpul bersama-sama para sahabat... ...

Siapakah yang mulia?

Dalam sebuah riwayat hadis... dikisahkan.....
Ketika itu baginda Nabi Muhammad s.a.w sedang duduk berkumpul bersama-sama para sahabat...
Di antara sahabat-sahabat termasuklah Saidina Abu Bakar, Saidana Omar, Saidina Uthman, Saidina Ali dan yang lain...
Lalu kemudian baginda bertanya kepada sahabat-sahabatnya...
“Wahai sahabatku, tahukah kalian...Siapakah hamba Allah yang mulia di sisi Allah?”
Para sahabat terdiam... lalu ada salah seorang sahabat berkata...
“Para malaikat ya Rasulallah...merekalah yang mulia”
Baginda berkata...
“Ya, para malaikat itu mulia, mereka dekat dengan Allah... Mereka sentiasa bertasbih dan beribadat kepada Allah... tentulah mereka mulia... tapi bukan itu yang ku maksudkan”
Lalu kemudian para sahabat kembali terdiam...
Tiba-tiba salah seorang sahabat kembali berkata...
“Ya Rasulallah, tentulah para nabi...merekalah yang mulia itu”
Nabi Muhammad s.a.w tersenyum...baginda berkata...
“Para nabi itu mulia...mereka adalah utusan Allah di muka bumi ini... bagaimana mungkin mereka tidak mulia...mereka mulia... tapi ada lagi yang lainnya”
Para sahabat terdiam...tertanya...siapa lagi orang yang mulia...
Hingga kemudian salah seorang sahabat berkata...
“Ya Rasulallah...apakah kami sahabatmu ya Rasulallah...apakah kami yang mulia itu ya rasul?”
Baginda memandang wajah sahabatnya satu persatu...baginda tersenyum melihat para sahabat...
Baginda berkata...
“Tentulah kalian mulia...kalian dekat denganku...kalian membantu perjuanganku... mana mungkin kalian tidak mulia...tentulah kalian mulia...tapi ada lagi yang lain yang mulia”
Para sahabat terdiam semuanya...mereka tidak mampu berkata apa-apa lagi...
Lalu tiba-tiba... Nabi Muhammad menundukkan wajahnya... baginda menangis di hadapan sahabat-sahabatnya...

Para sahabat tertanya-tanya...
“Mengapa kau menangis ya Rasulallah?”
Lalu baginda mengangkat wajahnya...terlihat bagaimana air mata berlinang membasahi pipi dan janggutnya...
Baginda berkata...
“Wahai saudaraku... sahabatku... tahukah kalian siapa yang mulia itu... mereka adalah manusia-manusia... mereka akan lahir jauh setelah wafatku nanti...mereka begitu mencintai Allah...dan tahukah kalian...mereka tidak pernah memandangku...mereka tidak pernah melihat wajahku...mereka hidup tidak dekat dengan aku seperti kalian...tapi mereka begitu rindu kepada ku...dan saksikanlah wahai sahabatku semuanya...aku pun rindu kepada mereka...mereka yang mulia itu...merekalah UMMATKU
Saat itu baginda menitiskan air matanya membasahi pipi dan janggut...semua sahabat-sahabatnya menangis...

(Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w sentiasa merindui ummatnya... baginda sentiasa mendoakan ummatnya...  Bagaimana dengan kita? Siapakah ikon kita? Adakah kita sentiasa berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w? Tepuk dada tanya iman... moga-moga kita beroleh syafa’at darpada baginda kelak...amin)
ya umati, ya umati,ya umati...

Sunday 24 June 2012

Dahi Cecah Ke Sejadah

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu’lah kamu sebelum kamu diwudhu’kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah ‘auratmu sebelum ‘auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringi dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan ‘Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alas Solaah’
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alal Falaah’
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.

Jawapan Imam Ahmad kepada anaknya

"Wahai bapaku, bilakah masanya kita betul-betul boleh berehat?"
tanya Abdullah bin Ahmad kepada bapanya iaitu Imam Ahmad bin Hanbal
"Kita hanya betul-betul boleh berehat apabila kaki kita melangkah ke dalam syurga".
Jawab Imam Ahmad bin Hanbal sambil memandang lembut ke dalam mata anaknya. Jawapan tersebut sarat dengan makna dan hikmah.